Di lewat malam ini..

Assalamualaikum..


Tajuk entry tak boleh puitis lagi kaa hahaha..well hello,..lamaaa gila aku tinggalkan padang penulisan ini.walaupun ada orang cakap tak relevan la ko still ada blog di era  globalisasi ni..hek elehh picisan sangat tahuu. picisan tak picisan lah kan..elehhh tapi blog ni laa yg aku lama tak jenguk. Rinduuuuunyaaaa.. alaa rindu pun bukan ada masa sangat pun nak update..kalau ada pun tuliss sikit jadik draft apa kejadahnyaa gitu kannn. Ok laa sekarang ni, dalam tak sedar pejam-pejam celik dah masuk tahun 2015..maknanya apaa? maknanya umur aku  dah bertambahhh tua laaaaa namun tetappp semakin awet muda. hahahahaa..ok tak lawak langsung. okayy bebalik kepada tuan punya blog, sekarang ni aku dah masuk ke tahun akhir degree aku ..eisehhh apa ke skema sangat ayat aku ni..yeaaa final year sudahhh..ni pun  tengah tunggu lastt payperrrrrr isnin minggu. so, lepass tuu apaaa kawan2..yeahhh KAHWINNNNN..hahahhaa..salahhhhhhh tettt! lepass tu merdekaa la buat sementaraaa tanam anggur kannn yeayyyy! ok tak lawak laaaaaa..tatkala sedang menunggu saat-saat habis study ni, macam-macam perasaan adaa..gembira,sedih, tak sabar, nervous,rinduuu dan macam-macammm laa lagii..aku rasa normal lah kot..sebab apa  je benda yang kita buat dalam dunia ni yang kita takda perasaan masa nak tinggalkan kann? hah gituu laa jugaak aku ni..rasa macam nak pause sekejap masa dan lalui saja zaman belajar yang penuh dengan suka dukaa ni..tapi kalau asyik belajar jaa bila masanya nak kerja, kumpul duit kahwin hahahahahahaa ok not funny. Sebenarnya aku ada satu perasaan..takut nak berdepan dengan perihal dunia luar sana tu..harap-harap Allah permudahkan semuanya untuk aku dan kawan-kawan yang lainn. Ini punn balik kampung sekejap, so adalah sikit masa kann nak duduk mengadap laptop...elehh apa beza nyaa cik kak oi , kau de kat kk tu pun mengadap jugaa laptop tengok daehan, minguk manse hahaha..

sebelum choww apasalah nyaa selit gambar tuan blog kannn hahahha

Terimalahhhhhhh...


.




.


.



.



.




.




..



.


......





.....




....












..



















...














....













....


Gambar masa dekat Pandawa Beach, Bali Oktober 2014

okaii akak chow duluuu!




Lot of love,

Nuy Dania



Rindu.






"Rindu perasaan pergi dating. Nak pakai baju apa, order apa, sembang apa, ekspresi muka macam mana, perasaan dia.."- HZ

Result + Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t

Fuh fuh banyak nyaaa habuk uolsss!! Lama gila tak update blog ni haaa. 

Iolss bukan apa, xada masa sangat nak hapdet blog ni, lagipun asal nak taip padam, taip padam..so sampai bilanya nak siap kalau asyik nak memanjang taip padam sajoo yee idok?? hahaha ok tak lucu. kah3

So, hari ni adalah hari yang ke 28 kita berada dalam bulan Ramadhan. Sempat lagi kan nak ucap Selamat berpuasa? hahaha.. selamat berpuasa pada semuaa muslimin dan muslimat all over the world haa gitu kelas kau jahh!...hehe so amacam puasa tahun ni penuh tak?? kalau tak penuh pepandailah ganti ok, jangan buat perangai tak ganti pulak. ahaks! macam ustazah pulak iolss rasa cakap begitu. ewahh. So, seperti yang kita sedia maklum, dalam beberapa hari  sahaja lagi kita akan menyambut hari Raya Aidilfitri..tak payah nak beberapa hari sangatlah, insyAllah kalau anak bulan kelihatan, InsyaAllah lusa kita akan berayaaaa!yeayy tak sabar nokss! Dalam masa yang sama, sedih juga hati ini sebab kita akan meninggalkan bulan Ramadhan..harap-harap tahun depan kita masih di panjangkan umur dan berkesempatan lagi untuk bertemu dengan bulan seribu bulan ni yaa..aminn ya rabb!!

Oh sebelum masuk bab raya, nak cerita sikit pasal perkara yang berlaku baru-baru ni. Alhamdulillah result exam untuk 3rd semester aku dah keluar..So, alhamdulillah, all went well. Permulaan yang agak memberangsangkan. Walaupun ni sem pertama degree aku, tapi semuanya baik-baik saja.. Even not a dean list tapi sikit lagi nak DL hahaha. InsyaAllah, next sem I will aim for a dean list. hehe Tu belum cerita pasal hal-hal yang berlaku masa semester lepas..dengan cuti yang sangatlah banyak, pressure sana sini, masa yang padat untuk cover the whole syllabus ..syukurlah semuanya went smoothly! Thank God, all my lectures and my parents and of course to my supportive classmate! hehehe harap-harap next semester dapat dipertingkatkan lagi..aminn! 

Ok habis cerita pasal result exam, cerita pasal preparation for raya pulak ya.. Baru-baru ni, aku n family pergi Tawau untuk shopping persiapan raya. Baju raya, kuih raya, raw n wet material apa semua..so semua dah ada, tinggal pakai, masak and ngapp sajoo hahaha. Semua persiapan sederhana saja tahun ni, yang penting rasa kesyukuran tu kena ada. am I right?? orang cakap Less is more so bersederhana saja lah.

Ok lah sampai sini jaa celoteh aku kali ni..ewahh celotehh gitu iolss guna hahaha.

Sampai berjumpa lagi di entry akan datang! babai :D



It such a blessed. Alhamdulillah!


Assalamualaikum.

Dah lama tak menabur kata di ruang blog yang usang ini. Dan aku kembali hari ini. Berkongsi sesuatu yang terjadi lebih kurang sebulan lepas. Mungkin ia nya boleh di katakan  agak lama dan sudah basi, tapi bagi aku, ia tetap menjadi suatu kenangan abadi yang akan ku kenang sehingga nafas di dada ini berhenti.


Hari Jubah ku, hari nama ku di panggil di Dewan Cansellor dan aku dengan penuh syukur naik ke atas pentas dan menggengam watikah itu. Hadiah buat mama abah ku. Hadiah yang tak ternilai buat mereka. 



Konvokesyen kali ke- 78  UiTM.

Syukur Alhamdulillah.


Sampai bertemu lagi. Doakan yang baik-baik untuk paper pertama degree ku esok hari.


Peace yaw!



Dua jiwa yang sebati susah untuk dileraikan. Semoga terlerai.



Nak pergi.
Tapi hati tak kasi.

Nak tinggalkan.
Tapi jiwa dah serasi.

Nak lupakan.
Tapi dah sehidup dalam diri.

Bila kau kenal seseorang yang lansung tak ada benci untuk buat kau lupa dia.
Apa yang kau ada, hanya mampu senyum dan buat-buat macam biasa.
Yang padahal, hati kau dah pecah hancur.
Tak dapat dia.
Tak dapat jumpa dia.
Tak dapat bersama dia.

Dan lihat dia bahagia bersama orang pilihan.
Terpaksalah menangis untuk beberapa bulan.
Rataplah sebab kembali kesepian.

Harap tak lama.
Nak bangkit semula.

Sikit lagi.
Untuk selamat tinggal, kita.

There's a song stuck in my head

This summary is not available. Please click here to view the post.

Dapat ke tak jadi student Degree ni?


Alhamdulillah. It has been a while since the last previous post. Speaking pulakk dia ;p

Benda ni dah basi kot. Tapi still nak cerita. hee. Minggu lepas, hari Khamis, 31 Februari 2013 (19 Rabi'ulawwal 1434 AH) keputusan kemasukan ke ijazah sarjana muda bagi pelajar lepasan diploma UiTM keluar. So, aku yang ada buat permohonan untuk ini, memang debaq abis la. Jantung sampai rasa nak tercabut keluar, setiap saat tengok jam sambil lap peluh sebab nebes gila nak mampos. Over gila kan? Tapi serius, Tuhan saja lah yang tahu, macam mana azabnya aku nak tunggu jam5 petang untuk check result. Sekali tu kena tangguh pulak result tu jam 10 malam, boleh tak? aku dah lah nebes gila tahap sampai macam nak pengsan tunggu, sekali dia boleh tangguh pulak. Ok start dari situ aku dah cool dah, tak ambik port langsung dah siap ketawa2 lagi baq ang tengok cerita petang-petang kat tv3 tu, #SetiaHujungNyawa..aww, sapa tengok? zain hakimi dan ersalina imani. Baru habis arini doh cerita tu. sedddeh tau!! lepas tengok cerita tu, aku p bantai tidoq sampai jam 10 camtu, kekonon steady lah kan. walhal. muahaha Ok2 dah melalut panjang ni, berbalik pada penceritaan kita mula-mula tadi yee. 

Kat mana tadi?

 Ok pasal sambung degree. Aku sebenarnya nak mencuba nasib je katanyaa. Sebab aku kan lambat sikit grad, persaingan banyak gila baq hang, so nak kata mengharap sangat tu tak ada lah, tapi adalah jugak berharap nak sambung pengajian lagi. eh cemana tu, tak berharap tapi berharap jugak?? layankan ja lah kan walaupun korang tak berapa nak faham. hahaha ;p kira aku ni neutral la, kalau dapat Alhamdulillah diterima seadanya..kalau tak dapat, mari lah kita kahwin pergi menceburkan diri ke bidang lain pulak, iaitu bidang yang lebih menuntut kesabaran yang lebih tinggi iaitu bidang pekerjaan. Aku sebenarnya dah set awal-awal kat kepala otak ni, kalau aku tak ada rezeki nak sambung mana-mana aku akan ke satu tempat yang orang lain tak tahu keberadaan aku. Uiseh suspen tak, suspen tak? hahahaha..Sebab sementara tunggu result degree ni aku memang kerja juga kat satu tempat yang dekat dengan rumah aku. Tapi sementara saja lah. Daripada aku duduk rumah dok perabiskan beraih baq ang baik aku cari benda yang lebih faedah katakau. Ok sambung cerita tadi. Lepas aku baru bangun tidur tu, aku tak ingat langsung pasal result degree. Aku p solat isyak then bertafakur kejap atas sejadah, lepas tu aku dengar bunyi alarm dari hp aku. Dah pukul seploh! OhMaiGodness, nervous balik. Bukak laptop, bukak facebook tengok kat group batch aku ada cakap dah boleh cek since 9:30 malam lagi. what the what?? gerigau ok I masa tu uolls. Pretend like nothing happen je kekonon nyaaa! puii Lepas bukak facebook, aku bukak twitter pulak. memang sengaja lambat-lambat cek, sebab TAKUT! hahaha

Jam 10:20 macam tu baru aku bukak portal kemasukan UiTM. Nasib tak jam lagi portal masa tu. Budak-budak lain tidor agaknya, tak pun main Dota. hahaha. So, Dengan lafaz Bismillahirramhmanirahim, aku masukkan No. ic aku. Menggigil. Dalam hati aku, aku Redha dengan apa saja ketentuan nya. Ok loading lama sikit. Tawakkal. Then here we go, aku take a deep breath dan tengok apa yang terpampang depan mata aku.

Like seriously?? 
Blur sekejap. Aku teliti satu persatu ayat yang ada di depan mata aku.  ok, Kos yang sama macam diploma dulu dannnn  dannn dannnnnnnn tempat punn yang samaaaaa! What the what?? 

 Alhamdulillah. 
Sebab, Allah masih bagi aku peluang untuk dapat tempat di UiTM. Thank you Allah, Kau sangat baik. Maha Baik. 

Doakan aku ya.


P/s : Ku khabarkan pada kedua orang tua ku keesokkan hari nya, dan ku lihat ada sinar yang sangat sangat bercahaya di mata mereka. Aku takkan hampakan harapan kedua Ibu Bapaku. Ijazah kelas pertama. InsyaAllah. Amin ya RABB.



Such a Great Escaped.





Me :"It hurts." 


Me : "Don't you know that it'll feel this way?" 


Me: "Well, if I knew it from the very beginning, I'd rather be emotionless and heartless, just to escape from being hurt."


Wordless Wednesday : If it's meant to be. It will Be.







It's A Miracle.



Assalamualaikum wbt 

fuh fuh fuh..tiup sikit habuk yang tak terkira banyaknya di segenap ruang blog usang ini.

Lama tak update apa2 di sini since lasted post kan? well, aku tak la bz mana, cuma mood menulis tu tak da, entah ke mana menghilang..macam tuan dia jugak..hahaha lagi pun xda sapa yang baca pun blog cabuk ni..iye tak? hahaha..pa habaq hangpa semua..ceq harap semua sehat2 belaka laa yaa..ceq sihat alhamdulillah..hehe (xda org dok tanya pon kan jawab sendiri..) hahaha 

Apa nak ceghita yaa..ok perkembangan diri aku sekarang la yee..wakakakaka macam artis pun ada ayat ghupe tu..Aku kat rumah jaa sekarang..diploma pun baru jaa habis ni haa..tengah tunggu panggilan kerja di mana2 la yang menerima diri ini..ada la  jugak aku hantar permohonan kat tempat-tempat tertentu.. insyaAllah kalau ada rezeki, dapat lah kerja..tak lah dok umah tanam anggur je iye dak??  Pasal result, Alhamdulillah aku dapat tebus kegagalan aku satu ketika dahulu..malahan melebihi jangkaan aku. syukur syukur alhamdulillah, semuanya  rezeki dari ALLAH SWT. Dapat A+  untuk subject LAW, tak ada la gempak sangat pun..biasa jaa.. huhuhu. CGPA pun ok la jugaa.. Syukurlah apa yang terjadi last sem, yang hampir lunturkan semangat aku untuk teruskan berjuang tak buat aku hilang semangat. Mujurlah kawan-kawan ada di sisi bagi aku semangat dan dorongan untuk aku teruskan perjuangan.  Terima kasih sayangss ku semua.*Lap air mata* .walaupun di sudut hati aku sampai saat ni masih terasa.  Aku rasa masalah peribadi aku boleh tolak tepi, dan aku seboleh-boleh tak nak babitkan  perkara peribadi dalam soal pelajaran aku, so aku usaha sungguh-sungguh nak dapatkan yang terbaik untuk diri aku dan semestinya untuk mak dan abah yang sangat mengharapkan kejayaanku. Walaupun dalam masa yang sama aku bekerja separuh masa, semasa study. Kena pandai bahagikan masa tu yang penting. Penat tu memanglah penat, tapi semua tu pengalaman kan? tak dapat kutip di mana-mana. Dengan masuknya result exam aku dalam  email  pada 09 November 2012 lalu, maka dengan rasminya, berakhirlah perjuangan aku sebagai pelajar Diploma UiTM. InsyaAllah, kalau ada rezeki nak sambung ijazah pulak. Itupun kalau tak jadi masuk askar la hahaha  kalau ada rezeki lah kan..kita usaha dan doa jaa laa..hehehe.. doakan aku juga yaa..  ;)

sorrylah ter'emo' pulak kan entry kali ni..hahaha  

Till next entry, Assalamualaikum and have a pleasant day :)


P/s  :  "Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

        -Riwayat Al-Bukhari-


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu

 menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu 

[ Surah. Al Baqarah : 216]



Unplanned = Less Expected = HE Knows Best = Miracle  :)





Kadang- kadang.



Kadang-kadang tak semua yang kita ekspresikan kat wajah tu,  pantulan dari hati kita sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa tipu orang lain.  Tipu?? kenapa nak tipu?? sebab kita nak orang sentiasa gembira dengan kita. Tak nak sebab kita sedih or rasa tak happy, orang lain pun kena effect jugak. Well, sometimes it's works, even bukan selalu terjadi. Benda yang kita rasa kita patut atau rasa nak kongsi dengan someone yang terdekat or rapat dengan kita, kita boleh kongsi, bila-bila masa dan di mana jua. Tapi, tak semua kena kongsi. Manusia dia ada masa dia nak bersendiri sambil muhasabah diri. Kadang-kadang kita mesti ada waktu yang kita nak menyendiri kan, fikir balik benda atau perkara lepas yang pernah terjadi dalam kehidupan kita. Tak semua orang boleh cepat pulih dari perkara yang meyakitkan hati dia dalam sekelip mata. Kebahagian dia hilang tiba-tiba, tak semuanya boleh pulih dengan cepat, dapat pengganti baru terus sembuh luka tu..tak..semua tu, perlukan masa. Kita ni manusia, bukan nya ROBOT. Kalau robot pun dia perlukan masa juga untuk pastikan semua komponen dia berfungsi dengan baik. Begitu juga manusia. Allah bagi ujian supaya Hamba Nya ingat dengan DIA. Bukan asal ada masalah, mula cari tempat bersuka ria, air syaitan jadi peneman setia, mabuk tak kira masa, berjoli kesini kesana, ingat semua tu boleh kembalikan semua seperti sediakala? Semua keseronokan itu takkan lama, tapi jika dekatkan diri pada yang maha ESA, insyaALLAH DIA sentiasa ada untuk mendengar setiap rintihan hamba Nya. Peringatan pada diri sendiri juga, supaya tidak mudah alpa dan rapuh dalam menilai segala perkara. Teringat satu tweet dari twitter, Jangan bersedih dan bersabarlah, Allah beri kita ujian untuk melayakkan kita menjadi hambaNya yang sebenar. InsyaAllah, semoga ujian yang di terima takkan membuat kita putus asa, malah menjadi pembakar semangat dalam menjalani kehidupan sebagai HambaNya di muka bumi ini. Ingat satu benda saja, Andai kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi Allah, maka lihatlah kedudukan Allah di sisi kamu. Segala yang baik itu tentunya datang dari Allah SWT.

Last but not least :

 Whenever I tried to look for someone, I had found the wrong ones, Maybe it's time to stop searching & wait for the right one to find me..

InsyaAllah.




Selepas dan sesudah. YA SUDAHLAH



    Assalamualaikum...lama rasa nya tidak menjengah blog usang ini..sudah lebih kurang 2bulan kot..rindu sangat mahu menulis..tapi hati masih belum bersedia mahu meruskan sisa-sisa yang terbiar ini..ceh,ayat tak bleh blah..sebenarnya, blog aku ada masalah sikit..teknikal problem..ntah kenapa, tak bleh login pulak masa aku nak bukak last 2 month..tiba-tiba..dua hari yang lepas kalau tak silap aku, masa tolong kawan aku tukar password untuk blogspot dia, aku sendiri tak tahu, macam mana boleh 'termasuk' balik ke gelanggang ini..so, here I am..syukur Alhamdulillah..aku rasa lebih tenang sekarang.Tuhan tu maha adil kan..DIA ambil sesuatu dari kita, sebab DIA ada rancang sesuatu yang lebih baik untuk kita, dan kita sendiri pun tak menjangka..


"..Mostly it happens when you expects it the least.." 
 ♥

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Itu sahaja yang aku mampu rungkaikan dan tak putus ku ucapkan..apa guna mengungkit perkara lepas kan?? yang lepas biarkan berlalu..semoga ianya menjadi tauladan..palinglah ayat kau!! kelas kau nuydania!! lolololo ☺
       Well, aku sekarang ni still lagi dekat KK..meneruskan sisa hidup sebagai pelajar tahun akhir di sini..tahun akhir lah sangat kannnn..hahaha.. lebih kurang sebulan lebih lagi insyaALLAH kalau tak ada aral melintang, tamatlah pengajian aku..semoga segalanya berjalan lancar..weee..semangatt!! aja aja fightink!! oh rindu nya nak menulis dan merapu panjang-panjang!! tapi ideaa dalam kepala hotak ni nan hadoooo!! (macamlah ada orang yang nak baca tulisan kau kan! perasan! boooo) ;p
so, sebelum ahkak akhiri post yang amatlah pendek ini..izinkan hambaaa menayangkan muka hamba yang comel ini. bagi mengubati kerinduan kalian..ohmai *muntah darah sebaldi*



ohmakengko!! terkezut takkk tengok muka akak ni haa??? ayu laa sangat kan.. hahaha
gambar masa raya hari tu..

kbai☺

La Tahzan..



ya Allah..
seandainya telah Engkau catatkan dia
akan menjadi teman menapaki hidupku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan diantara kami
agar kemesraan itu abadi

dan ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi

tetapi ya Allah..
seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

serta ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengerti
berikanla aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

dan ya Allah..
yang Tercinta
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
walaupun tidak sama dengan dirinya

ya Allah ya Tuhanku..
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik buatku
kerana Engkau Maha Mengetahui
segala yang terbaik buat hambaMu ini

ya Allah..
cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Kau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat
menjurus aku ke arah kemaksiatan
dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan 
yang beriman
supaya aku dan dia dapat membina
kesejahteraan hidup
ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
amin..ya Rabbal alamin

"..aku mencintainya kerana agama
yang ada padanya..jika
hilang agama dalam dirinya
maka hilanglah cintaku padanya.."
(Imam Nawawi)



Puteri Cinta Hati ♥

Assalamaualaikum..


Now i'm back..hahaha

rindu saya tak?? ok tau dah jawapan dia =.=


just want to share something..that I'm sure, its worth to share..^__^

I wonder, who will take and accept me as their princess??
keep waiting..;)



Ololololo.. i just found this cutest picture last night..its make me felt like...grrrrrr..why u're so cute dear honey??..will you be my little princess in future?? ;)

thanks for reading this quick entry..that's all from me..salam Jumaat ;)

 

Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum..


Hari ini result exam untuk para pelajar pra Diploma/Diploma UiTM seluruh negara..

so, result aku??

apa yang aku boleh katakan..adalah..


setelah segala susah-payah , jerih-perih, usaha aku dan berkat kesungguhan aku dalam menghadapi ujian serta dugaan akhirnya..aku dapat keputusan yang tak di jangka ini..

Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang lagi Mengasihani semua Hamba MU.

Terima Kasih Ya Allah..


p/s : Mood aku happy sangat hari ini..hehe




♥ Platonic Love ♥



Platonic Love meaning : Wikipedia of Platonic Love








“ A guy and a girl can be just friends, but at one point or another, they will fall for each other...Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever. ” - Dave matthews








Wordless Wednesday # 11: Baby baby owh!!


I can't help to saying that..i LOVE BABY..so much ;)

I wish I can have you one day dear beautiful angel..and please call me "MUMMY"
:P



p/s : just saying ;p



Latest Ambition..


Cita-cita adalah keinginan atau impian seseorang yang ingin di gapai apabila cukup tempoh dan tahap untuk melakukannya. eh betul ker aku define cita-cita macam ni..hentam sajaalah..berdasarkan dari kefahaman aku ..HAHA..ok..ianya juga boleh di katakan sebagai sesuatu yang kau nak jadi in future, yes it suppose to be in future not now..ok tak lawak yer. Bila bercakap tentang cita-cita, masa kecik dulu aku ada beberapa list cita-cita yang aku sendiri tak tau kenapa aku mesti pilih pada masa aku di peringkat umur tersebut. Mungkin rata-ratanya adalah sebab pengaruh persekitaran, Media masssa, elektronik dan sikap ingin bersaing dengan orang..wah, kelas kau nurul, kecik lagi dah ada sifat bersaing dengan orang lain..HAHA..tapi cita-cita aku masa tu tak tetap, means akan berubah mengikut keadaan,masa dan maklumat yang aku dapat dari bahan bacaan. yelah, dulu mana ada internet bagai ni..so aku akan cari maklumat bersumber dari bacaan. Aku suka membaca, sangat sangat sangat suka. Pernah masa sekolah rendah aku tak balik rumah semata-mata nak stay dekat library..tahu sebab apa aku stay? sebab aku nak habiskan baca buku pasal "cita-cita...." aku lupa apa ayat belakang tajuk buku tu..aku jenis bangsa yang pelik sikit, sebab aku akan selidik habis-habisan pasal sesuatu yang aku curious sangat nak tahu then buat intrepretasi pasal tu. Memang kedengaran agak annoying..but its me..which is ada pro and kontra sifat aku yang annoying tu...padahal aku cuma dapat gambaran dari buku saja, dari imginasi..dan tu aku dah buat aku give up dengan senang..ya, berputus asa sebelum mencuba..tapi bagi aku tak salah untuk kita fikir something tu untuk car, baik buruk dia..maybe, kalau masuk pertandingan,mesti lawan aku bertepuk gembira sebab aku bagi dia menang tanpa bertanding...dan aku?? tak apa, bumi Allah luas..masih ada peluang lain semestinya..Then, masa masuk sekolah menengah, form1-form 3..aku masuk kelas aliran arab..so macam biasalah kan, aku akan judge terus masaa depan aku dari kedudukan aku sebagai pelajar bahasa arab tu..owh ya, masa ni cita-cita aku dah bertukar..tak nak jadi peguam syariah dah..tapi lebih kepada nak jadi penyanyi dengan cikgu..eh? korang salah baca kee..tak, betullah la tu aku nak jadi penyanyi..hahaha malu nya aku -____- padahal suara tak sedap ok nak ada cita-cita macam tu..sangat bertentangan ok..well, just fikir positif..masa tu aku belum matang lagi nak memilih pasal sesuatu..tapi masa sekolah rendah apasal aku pilih profession kerja jadi peguam? ok pening..ala..aku kira balance la...sebab still ada hati nak jadi guru..hahaha..emmm..aku terpengaruh dari akademi fantasia lah kot..menuju puncak! eh..HAHA...well, macam yang aku cakap sebelum ni, cita-cita aku akan berubah..ikut keadaan dan masa..so lepas saja tamat PMR, masa form 4 aku masuk Sekolah Teknik dan ambil course Civil Engineering..so, kalau ambil course ni..dah tentu2 lah cita-cita aku nak jadi jurutera kan..Engineer la bahasa omputih dia..wah,kelas u alls engineer, tapi yang ni aku tak pernah terpikir nak jadikan cita-cita pun..sebab orang cakap bukan senang nak jadi engineer..itu aku dengar ura-ura saja..tapi bila masuk dlm field engineering tu sendiri..aku terpaksa akur dengan cakap-cakap orang yang study engineering memang susah -_____- kalau bab kimia,fizik itu ok lagi lah walaupun kadang kala kantoi..tapi addmath??? terus terang aku lemah gila subjek ni..so,macam mana nak jadi engineer?? kang runtuh bangunan sebab aku salah kira isipadu dan density batu-bata..hahaha..i dont fancy math -__-..so, dari situ aku dapat rasa, engineering bukan field aku..so, masa nak mohon UPU pun lepas SPM, engineering mmg bukan pilihan utama..paham-paham jer la erk kenapa..hahahaha..tapi semua subjek aku pass ok..takda gagal..so, abah aku la yang mohon kan..akhirnya dapat tempat kat UiTM sabah..dalam bidang hospitality..tapi major aku Tourism management..eh lupa pulak sebelum masuk UiTM, aku ada masuk poli kejap,bidang yang sama,hospitality...tapi lepas 3 minggu aku kat sana,ada pulak panggilan U..so,aku decide untuk keluar dari poli..sebab course yang di tawarkan aku suka sikit dari yang kat poli tu..gilaa memilih minah ni..hahaha..actually,its not all about minat saja,but the desire to learn something new that can create a better future..so cita-cita aku betukar lagi..tapi aku yakin, yang cita-cita ni akan berubah lagi..so, sekarang aku ada cita-cita baru..hahahaha..AHLI KAJI BUMI ataupun GEOLOGIST..that's my latest ambition...gempak tak cita-cita baru aku?? lol..geologist ni kira mcam saintis jugak..tapi saintis yang kaji bumi...their expertise is on that particular things..dan kenapa aku nak jadi geologist?? sebab aku tertarik dengan satu dokumentari yang aku tengok dari kaca tv minggu lepas..it was quite interesting..cuma workfield as Geologist agak tough dan kebanyakan yang jadi geolosist adalah lelaki...mungkin aku tak akan kawin kot kalau aku jadi geologist..hahahaha..best nyaa...apapun, semua jalan hidup kita Allah dah dirancang elok dan cantik..cuma kita belum tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan..mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan kita semua...Amin ya RABB :)

izinkan hamba mengundur diri dulu..;)

Thanks for reading!

Pancake versi Nuy Dania



Assalamualaikum w.b.t

Petang hari khamis yang lalu aku nak sangat makan pancake atau nama melayunya lempeng..
so, aku pun turun lah ke dapur.. pung pang pung pang kat dapur..

Dan hasil nyaa..

taraaa!!

Yang nampak hitam tu, bukan hangus okey..tekstur gula campur ngan susu cair..mmg macam tu..ikutkan tekstur/kulit dia akan jadi licin kecoklatan..tapi aku punya ni tak cukup bahan..hahaha;p

Walaupun rupa tak seindah mana, tapi rasa dia superb!!!
sampai adik bongsu aku siap request minta buat lagi untuk breakfast kemarin..
mahu bawak ke sekolah kata nya..
kembang kak long kau dek oi! hahahaha

Actually, Benda ni senang saja nak buat..Tapi time nak masak atas api tu,kena jaga laa..kang hangus pulakss lempeng kau..nak lagi senang guna non-stick pan..kalau ada kuali khas untuk pancakes tu, haa guna yang tu lah lg sonang! so tak la melekat jadinya pancakes tu..kalau tak ada non-stick pan, boleh jugak guna kuali biasa,tapi kena pandai kawal api ok..ewahh, dah macam chef dah aku ni haaa..padahal setakat masak pancakes jer pun..lain lah kalau asam pedas ka, masak lemak cili ka..hahaha..ehem, kalau nak resepi yang lain tu, nanti2 laa..ni yang simple dulu..permulaan lah katakan..hahaha

ok blog aku tak lama lagi nak jad blog masakan..wkwkwkwkwkww

chop!

Aku nak share resepi pancake simple bangat deh ni..haaa itu nama dia..
tapi kalau nak lagi sedap boleh panggil pancake Nuy Dania version..hahaha

Bahan-bahan :

115 g Tepung gandum
1 sudu besar Gula Kastor/gula biasa
1 biji Telur
150 ml Susu segar/susu cair
Mentega
secubit garam
1 susu kecil soda berkarbonat


Cara-cara:

Masukkan tepung gandum, soda berkarbonat, mentega, garam & gula ke dalam mangkuk...gaul hingga sebati..macam dah jadi serbuk roti gitu..then masukkan susu segar.. kacau lagi.. sampai semua bahan sebati..tapi jangan gaul lama2 nanti jadi macam doh roti lak.lepas tu.. buat lubang di tengah-tengah tepung tu.. pecahkan 2 biji telur..lepas tu kacau biar sebati adunan tu..last sekali masukkan lah sedikit air..jangan banyak sangat air tu..kang jadi air tepung pancakes kau..cair sangat...agak2 lah masa letak air tu yee..kang membazir ke tong perut sampah tepung kau..ewahhh dah boleh jadi chef tak aku? hahahaha..seelok nya adunan tu tak pekat or cair sangat..sederhana..contoh kalau nak tengok kepekatan tu ok ker tak..masa kacau dengan sudu, tepung tu kalau di tarik, dia tak mudah putus..smooth saja dia flow ke bawah..paham tak?? takut korang konpius lak, senang cite..ikut suka hati laa.tapi jangan suka sangat pulak...hahaha

then panas kan kuali..minyak letak dalam amount yang sedikit sajaa..macam engko masak roti canai tu.. leaser kan sedikit minyak kat kuali then tuang sesenduk adunan pancake tu kek kuali.. always jaga api..takut jadi roti legam pulak pancake korang kan.. terbalik2 kan lah sampai agak2 dah masak.. cara nak tau pancakes tu dah masak adalah timbul buih2 udara di atas pemukaan dia dan tunggu hingga buih-buih tu pecah baru di terbalikkan...then tutup api..siap!

Wallaaaaa.. sedap di makan dengan maple syrup,honey,butter ketika masih panas..yummy! hidangkan bersama teh panas sebagai hidangan minum petang ataupun sarapan pagi.

selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected