Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

:: Isteri Yg Sgttttt Bertuah ::







Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu
petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat
tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama
beberapa hari. Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.


Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih
disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan
suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa
abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang
sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."


Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari
kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan,
ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi
jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.
"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita.
Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang
.. ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5 juta hanya kerana silap yang
kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini.
Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah
kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS
KAU SEKARANG!!


Notakakikudis: Tuah aym nmpk d kAki,tuah istri, lu pikir la sendiri! eh btuL ka peribahasa aku nie?? haha




lawak laki bini india.yg da kahwin je bace ye! 18 sx



jom layan citer yg bole menggeletekkan perut anda...wkaaka
cheak it out babeh~!!


Seorang wanita India yg tinggal di estet, pada zaman British dahulu,telah dikahwinkan dengan seorang lelaki (bangsa India jugak).

Tak lama lepas berkahwin, dia mula merasakan suatu perubahan ketara.Dia asyik muntah-muntah. Hairanlah mangkuk ni sebab sebelum kahwin tak
muntah pun. Seminggu selepas "asyik muntah-muntah" tu dia tanya laki dia.

"Ane, ini satu minggu dalam saya ada muntah juga. Dulu ini macam tada juga!
Apa pasal la ane?"
"Ayo, sayang! Wungko ta tau ka?"
"Ta tau la, ane."

"Ini macam punya sakit lepas kawin punya dalam ada kena."
"Ane, ada kena ka?"

"Cit, Rasykal! Jantan ta da kena. Pompuan juga ada kena."
"Wo, itu macam. Sekarang saya ada paham."

Dia pun tak tanyalah apa-apa lagi selepas itu. Tambahan pulak rasa loya tu
kemudiannya beransur-ansur hilang. Tiga bulan kemudian, dia mula rasa
pelik. Sebenarnya dia dah mula rasa pelik sebulan lebih dulu. Dia pun
dengan penuh manja dan tangkap leleh, tanya lakinya.

"Ane, saya tanya sikit boleh ka?"
"Banyak mau tanya pun tara pa. Saya jawab juga kalu."

"Ane ada tengok ka ini?"
"Apa?"

"Ini perut juga lama makin lama besar! Takut juga saya. Apa pasal ini macam?"
"Ayo yo, chit. Bodoh. Engko punya ama ta da kasi tau ka?"

"Saya belum tanya juga!"
"Belum kawin punya jam dia ta da kasi tau ka?"

"Ta da juga!"
"Sekarang lu pigi tanya. Bodoh punya pomblek."

Terkulat-kulat bininya apabila diherdik lakinya. Sebelum tu lakinya tak
pernah menyinga macam tu. Dia segera mendapatkan ibunya dan bertanya:

"Ama, saya tanya juga mau satu hal."
"Apa itu hal?"

"Ama, saya punya perut hari makin hari besar. Takut la saya ama."
"Ayo yo! Wungko punya laki ta mau kasi tau ka?"

"Dia marah juga sama saya ini hal punya dalam."
"Cit, cilaka punya menantu. Wungko kasi tanya sama dia baik-baik."

"Tolong la ama, kasi tau. Ta da kalu saya mati."
"Wokey, wokey! Ama kasi tau. Itu perut punya dalam angin juga duduk."

Puaslah hati pompuan ni apabila mendapat tau jawapannya. Dia pun
bersegeralah mendapatkan lakinya untuk menjelaskan sebabnya yang pada
pandangannya memang telah sedia dimaklumi suaminya.

"Ane, ane. Saya ama juga sudah kasi tau."
"Apa dia cakap?"

"Ini perut punya dalam angin juga ada. Itu pasaal la kumbong,bungkak."
"Cit, bodoh punya ama mantua."

Terkejut biawak pompuan ni. Tadi dia yang jadi sasaran kemarahannya,
sekarang emaknya pulak. Lagi tekejut dia apabila tiba-tiba je lakinya
berdiri lalu menyingkap kainnya (dhoti) dan menunjukkan anunya seraya
mengherdik:

"Angin ya, angin masuk ka. Wungko punya ama butol-butol bodo. Apa, dia
ingat ini batang pam basikal ka?!!"

yennade tangeci.... chit...


 lawak xcikai dari,

Karangan terbaik UPSR 2007 Karangan budak darjah 4





dapat dari fb,layan sampai pecah perut k? hahaMyEm0.Com


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.MyEm0.Com

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati. 




with love,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected