:: Putus Tunang ::



Bunga telur dah siap, pelamin kena kasi touch up sikit lagi, canopy semua dah suruh org pasang..
persiapan baju pengantin dan mak andam semua dah booking..tinggal tuan punya badan rasmi jaaa...

tapi, kenapa tunang aku x dpt di hubungi since 3 hari lalu...?? majlis xlama lagi..gundah gulana hati ku gini..namun, hal ini ku sembunyikan dari pengetahuan keluarga ku. Tidak mahu mereka susah hati dan berfikir yang bukan-bukan tentang hubungan ku dengan sidia.
apakah ini petanda tiada jodoh antara kami??


Sedang ku duduk termenung mengenang kekusutan fikiran ku tika ini, dtg adik lelaki ku, angah memhulur sepucuk surat..

" sapa bagi nie angah?" tanya ku penuh gusar.

" entah, xkenal pulak kak, orang tu bagi n trus masuk dalam kereta." jawab adikku. ada sinar risau di air muka nya.

aku menggapai surat itu dan terus membawanya ke bilik. emak ku yang sedang sibuk di dapur hanya memandang ku.mungkin kah ibu ku tau isi hati ku tika ini?

"maafkan kak long ibu, kak long xberniat nak sorok perkara nie dari ibu." bisik hati ku.

di dalam bilik, aku duduk di birai katil. merenung surat yang aku sendiri tidak tahu siapa pengirimnya. perlahan-lahan ku koyak bahagian atas sampul surat itu.membuka lipatan dan dengan hati yang berdebar-debar ku gagahkan hati membaca isi kandungan nya.



**************************************************************

kehadapan bakal isteri ku,

Assalamualaikum..

Abang harap, sayang sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T..mesti sayang tengah sibuk buat persiapan untuk majlis perkahwinan kita nanti kan??

sebelum itu,
Abang minta maaf sebab sudah lama tidak menghubungi sayang.Abang pergi ke suatu tempat untuk menenangkan fikiran.Abang keliru.Abang tak tahu samada kita berdua buat keputusan yang betul untuk hidup bersama. Sejujurnya, abang memang mencintai sayang.Tetapi, itu tidak bermakna abang ingin jadikan sayang isteri abang. Sayang memang wanita yang baik,ciri-ciri wanita idaman abang ada dalam diri sayang.Tapi, abang minta maaf, abang belum bersedia lagi mahu memegang gelaran suami dan tanggungjawab untuk seorang wanita sebaik sayang.Mungkin ada lelaki lain yang dapat membahagiakan sayang selain abang. Abang tahu, sayang kecewa dengan keputusan abang ini.Tambah-tambah lagi majlis kita tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tapi, adalah lebih baik, kita kecewa sekarang, daripada bila perhubungan kita dah terlalu jauh nanti.

abang minta maaf sebab putuskan pertunangan kita, di saat-saat akhir kita menanti hari bahagia itu.

semoga sayang lebih bahagia tanpa ketiadaan abang di sisi.

************************************************************************


Sambil mengesat air mata yang tidak henti mengalir, ku baca isi kandungan surat itu berulang kali. Berharap ada kesilapan dalam pembacaan ku tadi. Namun hampa. Tiba-tiba pandangan ku gelap...dan bila tersedar dari pengsan, ku lihat,di tepi katil, seluruh ahli keluarga ku ada di sekelilingku. ku tatap satu persatu wajah itu. Dan pandangan ku terhenti pada satu wajah yang duduk di sebelah ku. Ibuku. Ku lihat matanya basah dengan air mata. Memegang tangan ku seeratnya. Aku semakin sedih dan tidak mampu berkata apa-apa...
surat dari sidia ku lihat masih terbuka..menambahkan pedih di hati ini..
namun, ku harus redha..PELAMIN ANGAN KU MUSNAH..





7 comments:

raje carl said...

hish .. betul ke nih ? amat tersentuh ..

saya YANA said...

pndai wat cite pendek.. hati ni da takot je rase..sedey pon ade..
boleh jd penulis ni kn...


Yana harap ianya hanya cerita..bukn realiti..

Cik Dania said...

raja carl~ btul bha?? saya yang buat, nie..hehe
yana~ huhu.yup..hrp2 xjadi d alam realiti..

echa rierie said...

astaga..
serius sdh saya baca..rupanya cita ja..
hehe..

Cik Dania said...

echa~ imaginasi memainkan peranan masa buat nie cita...huhu

CinoiLavigne said...

Wah crita pendek cipta sendiri.

Masa baca tadi aku expecting yg lagi dramatic, mcm ,sebenarnya lelaki tu mati ka, surat tu mcm awal2 dia bg, xcden ka or ada pnyakit yg dia suda tau lama. Hahahaaha. Imaginasi.

Cik Dania said...

cinoi~ hahaha..aku mau buat gtu jugak tu mula2...tapi mcm common btul sudaa tau..jadi aku tukar laa, lelaki tu kejam..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...