Dapat ke tak jadi student Degree ni?


Alhamdulillah. It has been a while since the last previous post. Speaking pulakk dia ;p

Benda ni dah basi kot. Tapi still nak cerita. hee. Minggu lepas, hari Khamis, 31 Februari 2013 (19 Rabi'ulawwal 1434 AH) keputusan kemasukan ke ijazah sarjana muda bagi pelajar lepasan diploma UiTM keluar. So, aku yang ada buat permohonan untuk ini, memang debaq abis la. Jantung sampai rasa nak tercabut keluar, setiap saat tengok jam sambil lap peluh sebab nebes gila nak mampos. Over gila kan? Tapi serius, Tuhan saja lah yang tahu, macam mana azabnya aku nak tunggu jam5 petang untuk check result. Sekali tu kena tangguh pulak result tu jam 10 malam, boleh tak? aku dah lah nebes gila tahap sampai macam nak pengsan tunggu, sekali dia boleh tangguh pulak. Ok start dari situ aku dah cool dah, tak ambik port langsung dah siap ketawa2 lagi baq ang tengok cerita petang-petang kat tv3 tu, #SetiaHujungNyawa..aww, sapa tengok? zain hakimi dan ersalina imani. Baru habis arini doh cerita tu. sedddeh tau!! lepas tengok cerita tu, aku p bantai tidoq sampai jam 10 camtu, kekonon steady lah kan. walhal. muahaha Ok2 dah melalut panjang ni, berbalik pada penceritaan kita mula-mula tadi yee. 

Kat mana tadi?

 Ok pasal sambung degree. Aku sebenarnya nak mencuba nasib je katanyaa. Sebab aku kan lambat sikit grad, persaingan banyak gila baq hang, so nak kata mengharap sangat tu tak ada lah, tapi adalah jugak berharap nak sambung pengajian lagi. eh cemana tu, tak berharap tapi berharap jugak?? layankan ja lah kan walaupun korang tak berapa nak faham. hahaha ;p kira aku ni neutral la, kalau dapat Alhamdulillah diterima seadanya..kalau tak dapat, mari lah kita kahwin pergi menceburkan diri ke bidang lain pulak, iaitu bidang yang lebih menuntut kesabaran yang lebih tinggi iaitu bidang pekerjaan. Aku sebenarnya dah set awal-awal kat kepala otak ni, kalau aku tak ada rezeki nak sambung mana-mana aku akan ke satu tempat yang orang lain tak tahu keberadaan aku. Uiseh suspen tak, suspen tak? hahahaha..Sebab sementara tunggu result degree ni aku memang kerja juga kat satu tempat yang dekat dengan rumah aku. Tapi sementara saja lah. Daripada aku duduk rumah dok perabiskan beraih baq ang baik aku cari benda yang lebih faedah katakau. Ok sambung cerita tadi. Lepas aku baru bangun tidur tu, aku tak ingat langsung pasal result degree. Aku p solat isyak then bertafakur kejap atas sejadah, lepas tu aku dengar bunyi alarm dari hp aku. Dah pukul seploh! OhMaiGodness, nervous balik. Bukak laptop, bukak facebook tengok kat group batch aku ada cakap dah boleh cek since 9:30 malam lagi. what the what?? gerigau ok I masa tu uolls. Pretend like nothing happen je kekonon nyaaa! puii Lepas bukak facebook, aku bukak twitter pulak. memang sengaja lambat-lambat cek, sebab TAKUT! hahaha

Jam 10:20 macam tu baru aku bukak portal kemasukan UiTM. Nasib tak jam lagi portal masa tu. Budak-budak lain tidor agaknya, tak pun main Dota. hahaha. So, Dengan lafaz Bismillahirramhmanirahim, aku masukkan No. ic aku. Menggigil. Dalam hati aku, aku Redha dengan apa saja ketentuan nya. Ok loading lama sikit. Tawakkal. Then here we go, aku take a deep breath dan tengok apa yang terpampang depan mata aku.

Like seriously?? 
Blur sekejap. Aku teliti satu persatu ayat yang ada di depan mata aku.  ok, Kos yang sama macam diploma dulu dannnn  dannn dannnnnnnn tempat punn yang samaaaaa! What the what?? 

 Alhamdulillah. 
Sebab, Allah masih bagi aku peluang untuk dapat tempat di UiTM. Thank you Allah, Kau sangat baik. Maha Baik. 

Doakan aku ya.


P/s : Ku khabarkan pada kedua orang tua ku keesokkan hari nya, dan ku lihat ada sinar yang sangat sangat bercahaya di mata mereka. Aku takkan hampakan harapan kedua Ibu Bapaku. Ijazah kelas pertama. InsyaAllah. Amin ya RABB.



3 comments:

anak ayah said...

alhamdulillah :D

congrates long! happy for you..

Cik Dania said...

Ceyhh piqa rupanyaa..ingat sapo..haha..thank darla ;))

Catherine Ling Ling said...

hi.sory for disturbing.i ask for the favor.can u tell me the information how to practical at lembah danum?i really need it.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected