:: tanda - tanda Bf /Gf anda curang ::



Kadang kita mengharap setinggi bintang namun tidak tercapai setinggi langit , kadang kita mengharap sayang sedangkan dia membalas pahit. Fuh! ayat lentok aku aplikasikan sebentar sahaja tadi. Sesuai tidak untuk tajuk entry kali ini? Laa mesti ramai gadis-gadis protes , kenapa awek? pakwe pun curang jugak! well aku ada jawapan yan mudah. Aku tidak pernah mempunyai pakwe jadi aku tak tau apa tanda-tanda pakwe curang hehe. Bagi aku perkara ini tidak berkaitan pun dengan jantina. Ia boleh berlaku pada semua orang berdasarkan personaliti dan sikap individu. So don't judge guy only alright? it can happent to everyone.


Oh entry ini tiada kaitan sama ada yang bernyawa atau tidak bernyawa.Hanya pengalaman hidup untuk dikongsi.Peace*

Tanda - tanda adalah seperti berikut :


1.Si dia berubah sikap.Jika dulu si dia seorang yang romantik,mesra,lucu dan bersemangat bersama kita namun beliau berubah secara tiba-tiba.Cepat berasa bosan bersama kita.Selalu marah dan bad mood.Mudah mencari kesalahan kecil untuk dijadikan modal pertengkaran.Mula membandingkan anda dengan orang lain.Suka mempertikaikan personaliti dan kekurangan diri kita.



2.Jarang menghubungi anda.Si dia jarang menghubungi anda.Tidak seperti dulu.Si dia hanya mengharapkan anda menghubungi beliau.Jika anda menghubungi beliau pun, si dia seolah-olah tidak berminat dan selalu mendiamkan diri. Lebih menyakitkan hati apabila anda akan mendengar si dia menguap dan menyayi sambil mendengar lagu sedangkan anda masih dalam talian. Tu maksudnya "
get off from my life "



3.
Facebook dan blog si dia dipenuhi oleh comment jejaka tersebut. Its only friend bah. Okay faham. Namun hati-hati, itu merupakan langkah si orang ke-3 tersebut mendekati teman wanita anda. Alah, kita sama-sama lelaki tahulah teknik tersebut bukan? Dan setiap comment jejaka tersebut akan dibalas panjang lebar mengalahkan comment pada wall anda sewaktu hari jadi anda.



4.Ketika dating bersama.Sering kali telefon bimbit si dia akan berdering.Jalan sikit truttttt.... Duduk sekejap truuutt.. apabila ditanya. Oh kawan, Oh makcik pesan belikan belacan.hihi.
Well memang betul kita perlu bersangka baik tapi! jangan jadi bodoh.


5.Eh semasa awal-awal bercintan - cintun segalanya untuk mu . I tengok
handphone u, u tengok handphone i taww... hihi. Namun, handphone si dia ibarat benda sensitif. Anda tidak boleh lihat malahan sentuh. Wallpaper handphonebeliau pun bukan lagi gambar anda berdua.


6.Sering kali si dia meminta hubungan anda berdua ditamatkan.Walaupun seberapa daya anda cuba menyelamatkan hubungan anda namun si dia tetap berkeras untuk mengakhiri hubungan tersebut. Anda telah berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menambahkan setiap kekurangan yang beliau katakan namun anda tetap gagal memuaskan hati beliau , ini kerana hati si dia telah dikaburi oleh pihak ke-3 tersebut.


7.Baru sahaja anda putus hubungan dengan si dia, beliau telah menjalinkan hubungan dengan jejaka lain. Ibarat tanah kubur masih merah pak maon dan kawin baru lah ni hihi. Kalau dah macam tu, dah terang lagi bersuluh si dia telah lama menduakan anda.


Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan juga sebaliknya. Setiap perbuatan kita pada hari ini akan ada balasanya pada masa akan datang. Bagi mereka yang pernah mengalami situasi diatas , pesan saya, bersabarlah. Allah SWT itu maha adil dan maha mengasihani.



Credited to :Mr.Arif


3 comments:

Del Glamiva said...

Setujuuu! Sangat2 tepat!

Cik Dania said...

yes,btu2...i pun stuju..=)

Anonymous said...

terasa aku sgt2... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected