Minggu hadapan..entry comel ^___^


Lama tak online..ceyh padahal baru 2 hari..hahahaha

so,kerja aku sepanjang cuti 2 hari tu,ialah..movie movie movie!! lepas bosan tengok tengok movie,aku sambung buat report untuk practicum training aku..semak2 balik apa yang patut,apa yang kurang..aku tambah2 sikit bagi cantik..hehehe..lecturer aku pun lusa dah nak visit aku,so kena la alert apa yang patut..hehehe..perasaan?? takut,nervous,happy and awkward..eh apa dalam melayu eh awkward?? janggal eh?? haa,itu lah kot..aku pun tak fasih sangat bab translate2 nie..macam terrer sangat spiking haktuihhh!! :D

So,seperti yang sedia maklum,aku ada masa lebih kurang seminggu lebih jaa lagi nak tamatkan tempoh latihan industri aku,eh apa skema sangat aku tulis latihan industri?? hahaha..ok sambung balik..aku start praktikal pertengahan oktober tahun lalu..which is,dah 2 tahun la kan aku praktikal?? ok tak lucu.so,sekrang dah bulan or lebih manis dan sweet lagi jika aku katakn sebagai minggu terakhir..hewhewhew :p to be honestly la kan..mula2 aku masuk kat tempat praktikal aku nie..aku rasa macam nak minta tukar placement..sebab aku tak suka!! yes, aku memang tak suka plus aku tak biasa..entahla, mungkin keadaan persekitaran dia yang buat aku rasa something like.."errr,seriusly? aku praktikal kat sini?seriuosly????" and then lepas tu aku nangis.betul aku tak tipu..aku memang emo sikit kalau bab2 tempat yang aku nak tinggal dalam masa yang lama nie..tapi aku nangis tak la yang meraung2..just standard pesen pompuan menangis tekup muka kat bantal..hahahahaha..serius rasa macam bodoh nyaa aku nangis sbb benda nie.. and childish!! maybe sebab masa tu,parents aku yang hantar and dalam masa yang sama aku ditinggalkan seorang diri di tempat yang tak ada apa2..maksud aku,tak ada line telefon!! entahla,maybe aku boleh jaa letak kat mana2,tapi asalkan tempat tu ada line..it was my 1st expectation bila aku nak ke sesuatu tempat tu..padahal,kalau xada line pun boleh hidup jer pun..xada problem..hohohoh (sedapkan hati) sepanjang tempoh 3 bulan and nak masuk 4 bulan aku kat sini..banyak benda dan perkara baru aku belajar..dari aku takut2 nak brief guest..jadi confident..kira macam meningkatkan keyakinan diri lah juga..walaupun English aku tak adalah bagus sangat pun..hahahaha..

kat Danum nie,aku ditempatkan dekat 3 department..Hospitaliti dan rekreasi, research and conservation dan unit kewangan dan pentadbiran...

Bestlah juga,walaupun kadang2 boring jugak kalau tak ada apa2 kerja..tapi bila ada kerja boleh patah pinggang woo..tambah2 bila aku kena bawak pelawat masuk hutan untuk aktiviti jungle trekking..lepas tu jarak nak buat trekking tu 4km-5 km..kau sanggup?? hahaha itu kerja aku kat unit research and conservation la..tolong ranger2 bawak pelawat masuk hutan..masa bulan 11 tahun lalu,aku ada terlibat jugak dengan EE program..(educational and environmental program) untuk pelajar2 sekolah rendah dan menengah seluruh Sabah..ada dalam 3 buah sekolah jugak aku handle..tapi lain2 hari la..kira macam kita didik dorang pasal pengetahuan alam sekitar gitewww...macam mana nak bagi ada kesedaran tentang penting nya hargai khazanah tak ternilai dalam hutan nie..ceyh,ada macam cikgu tak aku cakap?? eh eh eh..hahahaha..

tak pun,aku tolong saintis buat phoneology study pasal pokok2 dalam hutan..kira size dan ketinggian pokok tu..kalau ada buah kena kira jugak..ko ingat senang?? naik sakit tengkuk aku nak kira tau?? hahaha..nightwalk pun best..dapat tengok hidupan liar waktu malam..tapi aku tak ada gambar nak tunjuk..sebab kad reader aku kan rosak...sob sob sob :'( ok cukup bab emo ni..hewhewhew

kalau kat unit admin dan finance, aku di dedahkan dengan kerja office..basic la budak praktikal kena suruh tolong fotokopi borang2 dan buat filing,faks dan jawab panggilan luar dan dalam.lepas tu tolong buat pengiraan untuk invoice,check email company..fuh! tapi aku suka kat unit nie,sebab aku dapat online..hahaha..punyalah tak jujur..malar aku update status fb dengan twitter..paling mannang,tapi itu pun aku buat kalau tak ada kerja la...kalau tak bosan woh...:(

kat hospitality and recreation unit pulak,aku di dedahkan dengan cara pengurusan dan penerimaan pelawat,housekeeping dan pengurusan bahagian dapur..tapi aku dekat bahagian dapur 2 hari ja...and housekeeping sehari..sebab, masa aku kat bahagian dapur,ada jabatan kesihatan datang..kebetulan diaorang nak check darah..memandangkan ada kes staff kena demam denggi kat sini..so,aku pun kena check laa jugak...dan telah menjadikan ianya kali yang kedua aku darah aku kena ambil semenjak aku kat danum nie..uwaaaaaaaaaaaa T__T tak la sakit sangat,tapi sakitla jugak..macam semut gigit..tapi semut api wei..hahahaha..tapi masa tu, darah aku kena ambil, boleh pulak tukang ambik darah tu ramah gila dengan aku..siap tanya aku
".. Dik,tukang masak ker kat sini.." (sebab dia tengok aku pakai apron..potong sayur tadi tak sempat nak bukak) aku cakaplaa.."..taklah,i practical kat sini..kenapa u tanya nie?.." *panggggggggggggg*sound effect tamparan. ok aku sengaja buat sound effect. aku cakap betul-betul macam nie lah "saya praktikal kat sini..dah nak abis pun encik.." tukang ambil darah cakap lagi. ".. owh,dari U mana? berapa lama?? sebagai apa?" ok dia tak tanya banyak-banyak macam tu pun..aku sengaja nak jimat ruang..hohoho..aku jawablah " dari UiTM, 4 bulan encik..saya apa2 pun boleh kat sini..saya ambik gaya bebas.." sengaja buat lawak,sebab dok pikir,apasal lama benor dia ambik darah aku nie..ciss ambik kesempatan ker apa..." ok dah siap,lambat darah kamu keluar.." tukang ambik darah cakap sambil senyum bagi nampak gigi nya yang tersusun rapi..aku hanya tersenyum pahit,sebab sakit -______________- tanpa aku sedar,air mata aku menitis,tapi cepat2 ku seka..ceyh!!! pigirahhhh itu pun nak nangis...BOOOOOOOOOOOO!!!!!!! sakit pulak aku rasa kena ambil darah time tu, maybe sebab tukang ambik darah tu peramah sangat kot...huh!!! bukan itu sahaja,lepas jaa ambik darah tu,aku pun sambung la kerja aku yang terbengkalai tadi ( potong sayur..sobs) then tiba2 masuk pulak pengawai kesihatan tu check bahagian dapur..kebersihan kot..aku tak sure..kebetulan masa tu aku dengan sorang pembantu dapur nie,biarlah aku kenalkan sebagai apik.dia nie baru ja kat sini..maybe tak tahu sangat peraturan kat dapur.guess what?? aku kan potong sayur,then kat sebelah chopping board aku tu ada rokok..and to be frank rokok yang still berasap okeh!!..and yes,aku tak perasan pun mula-mula..then,terus pengawai tu cakap,rokok siapa tu? eh,excuse me,dah tentu la bukan aku punya kan..aku rasa korang punboleh fikir sendiri siapa yang punya...yes,dia lah! memang pandai siapa boleh teka..and then, pengawai tu round2 semua bahagian dapur dan keluar..aku pun..fuh! lega yang amat..sekali tu kan,tiba2 si apik tu panggil aku dia kata pengawai kesihatan tu nak jumpa..so,aku dalam keadaan terpinga2 pegilah jumpa..macam nie perbualan aku dan pengawai tu..

pengawai : kamu berapa lama praktikal dekat sini?

aku : 4 bulan encik.2 minggu lagi saya habis.saya ditugaskan kat bahagian dapur sampai hari jumaat ni.

pengawai : kamu tahu kah pasal sijil kesihatan nie? (sambil tunjuk dengan aku lesen kuning untuk kesihatan pekerja tu,tak tahu bleh google) ngam-ngam pula kan kami datang check hari ini..( sambil senyum-senyum) *macam kerang busuk,kalau comel tak apa fuh!*

aku : tak tahu encik.saya kan baru hari ini kat bahagian dapur.jadi,saya tak tahu pula kena ada sijil nie.

pengawai : untuk pengetahuan kamu, mana2 individu yang berkerja dalam bidang pengendalian makanan,wajib dan kena ada sijil nie.kamu kena ambil satu vaccination dan ianya dapat bertahan untuk tempoh 3 tahun.

aku : macam tu ke encik,minta maaflah banyak-banyak saya tak tahu.

pengawai : tak apa.tapi lain kali,kalau kamu praktikal lagi kat mana-mana,dan kamu di tugaskan di bahagian dapur..kamu mesti ada sijil nie,arrasso? (faham?) *sorry aku buat lawak sikit :p

aku : ok encik..

pengawai : Lagi satu ( sambil mata nya galak tengok tangan aku)..kalau kamu kat bahagian dapur,kamu tak boleh pakai barang kemas (aku pakai cincin dengan gelang masa tu)..sebab kamu sediakan makanan...boleh buka nanti ka?

aku: maaf encik saya tak tahu.nanti kejap lagi saya buka bla bla bla bla bla..


lebih kurang macam tu lah isi perbualan aku dan pengawai kesihatan tu..aku sentap jugalah pagi-pagi dah kena tegur macam tu..tapi sabar jaa la..aku mana tahu..T___T

tapi tak apalah,pengalaman kan ( bagi sedap hati)

fuh!

Gila panjang aku membebel kan?? padahal tajuk post "minggu depan"..tak ada kena mengena langsung..hahahaha..eh,biarlah blog aku kan..*ayat cliche* :p

so,15 Feb 2012..plz come faster babeh!! muahhhxx

sebelum aku akhiri entry ini..nah! pengubat rindu..tapi kena skroll dulu lah..hewhewhew :p















eh! apa yang pengubat rindu sangat ni..





























ok sikit lagi















































teruskan skroll








































yeah yeah yeah






















































Chaiyok!
















peeeewittttttttttt

















































ok sikit lagi sikit lagi














































nah!
























eh malu plak!!!





































































aummmmmmmmmmmmmmmm









































































































*auwwwww!!!
*sila muntah hijau*





terima kasih ^___^




3 comments:

AQuezyeZye said...

fuh..habis jugak abg baca :) btw nice entry :)

sahidzan said...

peh! sakit jantung aku.

Cik Dania said...

zye~ habis ka iyya??hahaha..kamsa hanmida :))

pk~ sakit jantung sbb aku kenyit mata kaitu??hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected