Friendship or enemies?


Assalamualaikum wbt..

Tiba-tiba hati terpanggil untuk update. dah dapat petunjuk agaknya. hahaha tajuk pun tak tau nak letak apa.yang pastinya ada kaitan dengan persahabatan atau pun bahasa omputehnya friendship.
Ada sesuatu nak aku kangsikan. nak tahu apa? meh baca sampai habis. itu pun kalau nak la..
-___-

Sekadar gambar hiasan


Entah kenapa tiba-tiba aku rasa terpanggil nak menulis tentang persahabatan..apa kah makna persahabatan? " Persahabatan ialah sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa, meskipun mereka baharu berusia 13 tahun. Ramai dari kalangan remaja pada hari ini, melihat "persahabatan" itu sebagai sebuah perkara penting yang melibatkan "kepercayaan","perhatian", Kasih sayang","komitmen","Pegorbanan","pemberian","penerimaan". Semua itu pastinya membuat mereka mengambil masa yang terhad untuk membuat keputusan secara pribadi atau menerima pendapat dari sahabat karib. - sumber wikipedia melayu. Seolah-olah semua wajah insan yang pernah menghiasi hidup aku sebagai rakan,kawan,sahabat macam keluar masuk dari kotak pemikiran aku. Ada yang masih ingat diri ini, masih ada masa contact tak kira laa thru apa pun, dunia sekarang dah canggih kan..skype ada, sms, email.., ada yang buat-buat ingat tapi tanya khabar pun tidak, ada yang buat-buat lupa bila duduk bersebelahan dalam bus, walhal dia rakan aku masa sekolah rendah, sekolah agama pun satu kelas..ada yang baru pindah, dan rumah nya boleh di katakan memang dekatlah sangat dengan aku, tapi langsung tak nampak muka.mungkin sibuk mengurus diri dan pelajaran.owh itu mungkin sahaja. Sebab kadang-kadang aku pun takda masa nak keluar rumah.hahaha..walhal, satu kampus, satu blok asrama. Dan ada masa nya, bersebelahan bilik di asrama. Dan bila berselisih muka di perjalanan, aku sedaya upaya mau buka mulut menegur, tapi hampa, bila jarak semakin mendekat, tunduk kebawah muka nyam seolah berselisih dengan ku satu kesalahan berat, aku senyum, kau masam. Wah, memang agak DIVA yang korang sekarang. Padahal, dulu kita selalu main sama-sama, pernah bergurau bersama, walhal pernah berkongsi impian yang sama.. Memang ramai kawan yang macam ni. biasalah manusia..masing-masing dah masuk institusi penjian tinggi, budak U..masing-masing ada kawan baru, boifren dan status yang perlu di jaga. ya, aku faham.Aku juga macam kau, tapi bila aku senyum pun, kau terus pura-pura buat sibuk dan tengok tempat lain..aku pun rasa macam tak sedap hati. Rasa macam aku yang terhegeh-hegeh, padahal orang buat tak tahu sahaja. Sebab apa yang aku perasan, bila susah saja dorang cari aku. Aku tak mau sebut nama, sebab tak elok bukan buka aib orang, jadi biarlah aku dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Aku bukan mengungkit, tapi kadang-kadang sebagai manusa biasa aku terasa hati juga..lumrah kan. tapi aku ingat satu benda, biar orang buat taik dengan kita, tapi kita jangan sekali-sekali balas taik jugak.sorry bahasa sangat tak sopan atau kuangjaq. tapi its true kan..biarlah..kau kau, aku aku. Well, cara aku senang saja, kau bagi, aku terima dengan penuh hemah. what u give, u get back kan? so will see laa macam mana ending dia nanti. Tapi jangan salah sangka, aku tak cakap, semua kawan-kawan aku dulu macam tu. Ada segelintir.Tapi bukan la dalam golongna majoriti. Ianya masih minoriti. Dan aku berharap sangat yang jumlahnya tidak bertambah lagi. Aku suka berkawan, dan aku tak mau sebab ego, persahabatan tu jadi macam pasir di pantai, bila di pukul ombak mudah benar berubah. Manusia, mudah kalah dengan ego. tapi jangan sebab ego, kita binasa kan apa yang sudah tersemai sejak dulu. Biarlah ianya kekal dan tetap abadi selamanya, bukan sahaja dalam hati malah di alam realiti juga.

Aku bukan marah, cuma aku tiba-tiba terfikir, dan alhamdulillah ada tempat atau medium untuk aku curahkan buah fikiran aku. Betapa bersyukur nya aku mempunyai kawan-kawan yang aku jumpa hari ini. Tapi aku harap yang mereka yang sekarang takkan berubah jadi orang 'lain' bila habis belajar nanti. Sebab aku bila dah mula berkawan, dan mula rasa selesa, perasaan sayangkan hubungan persahabatan tu pun akan turut sama bertambah dan makin mekar hingga ke hari-hari akan datang.Tapi dalam pada itu, aku masih punya ramai kawan di luar sana, yang sekepala dan sudi melayan kerenah ku yang kadang-kadang bak putus wayar utama dan masih sudi berkongsi masalah tika susah senang. Terima kasih kamu semua telah buat hidup aku lebih berwarna warni. Hanya Allah sahaja boleh membalas budi kalian. Hargailah sahabat,rakan, teman, dan kawan anda sebaik nya. sebab mereka semua adalah anugerah Allah pada kita semua.

Rakan, teman, sahabat,kawan yang aku dah jumpa sepanjang perjalanan hidupku 20 tahun ini :

  1. Taska Abim Taib Andak Johor Bharu - Pra sekolah ( 1996)
  2. Tabika Kemas Sahabat 02 (1997)
  3. Sek. keb. sahabat 02 ( 1998 -2002)
  4. Sek. keb. sahabat 16 ( 2002 -2003)
  5. Sek.Men.Keb Agaseh ( 2004 -2006)
  6. Sek.Men Teknik Lahad Datu (2007 -2008)
  7. UiTM Sabah ( 2009 - present)
Terima Kasih tak terhingga..semoga Allah murahkan rezeki kalian semua ( wah entry amat skema dan penuh emosi..hahahaha)

emmmm...perlukah untuk aku sebuat nama bestfriends aku dari setiap sekolah tu dari tadika sampai U? hahaha..next entry k..panjang betul kalau sekali harung..hahaha..btw, no offense ok entry ni..tapi sapa terasa nasib kau lah jahh..aku pun tak perfect mana pun..peringatan untuk diri sendiri juga yang pastinya..peace! ^___^






1 comments:

Emma said...

Nasib baik semua kwn aku x sombong.. ho3.. Enjoy ur life sahabatku :)
lagipun,nobody's perfect rite.. so, mayb time kamu berselisih kwn ko pandang bwh, thinks positif ja, maybe mata dia silau ka tba2, atau tba2 sakit kpala atau yg laen2... ho...mungkin dia x bermksud mcmtu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected