It's A Miracle.



Assalamualaikum wbt 

fuh fuh fuh..tiup sikit habuk yang tak terkira banyaknya di segenap ruang blog usang ini.

Lama tak update apa2 di sini since lasted post kan? well, aku tak la bz mana, cuma mood menulis tu tak da, entah ke mana menghilang..macam tuan dia jugak..hahaha lagi pun xda sapa yang baca pun blog cabuk ni..iye tak? hahaha..pa habaq hangpa semua..ceq harap semua sehat2 belaka laa yaa..ceq sihat alhamdulillah..hehe (xda org dok tanya pon kan jawab sendiri..) hahaha 

Apa nak ceghita yaa..ok perkembangan diri aku sekarang la yee..wakakakaka macam artis pun ada ayat ghupe tu..Aku kat rumah jaa sekarang..diploma pun baru jaa habis ni haa..tengah tunggu panggilan kerja di mana2 la yang menerima diri ini..ada la  jugak aku hantar permohonan kat tempat-tempat tertentu.. insyaAllah kalau ada rezeki, dapat lah kerja..tak lah dok umah tanam anggur je iye dak??  Pasal result, Alhamdulillah aku dapat tebus kegagalan aku satu ketika dahulu..malahan melebihi jangkaan aku. syukur syukur alhamdulillah, semuanya  rezeki dari ALLAH SWT. Dapat A+  untuk subject LAW, tak ada la gempak sangat pun..biasa jaa.. huhuhu. CGPA pun ok la jugaa.. Syukurlah apa yang terjadi last sem, yang hampir lunturkan semangat aku untuk teruskan berjuang tak buat aku hilang semangat. Mujurlah kawan-kawan ada di sisi bagi aku semangat dan dorongan untuk aku teruskan perjuangan.  Terima kasih sayangss ku semua.*Lap air mata* .walaupun di sudut hati aku sampai saat ni masih terasa.  Aku rasa masalah peribadi aku boleh tolak tepi, dan aku seboleh-boleh tak nak babitkan  perkara peribadi dalam soal pelajaran aku, so aku usaha sungguh-sungguh nak dapatkan yang terbaik untuk diri aku dan semestinya untuk mak dan abah yang sangat mengharapkan kejayaanku. Walaupun dalam masa yang sama aku bekerja separuh masa, semasa study. Kena pandai bahagikan masa tu yang penting. Penat tu memanglah penat, tapi semua tu pengalaman kan? tak dapat kutip di mana-mana. Dengan masuknya result exam aku dalam  email  pada 09 November 2012 lalu, maka dengan rasminya, berakhirlah perjuangan aku sebagai pelajar Diploma UiTM. InsyaAllah, kalau ada rezeki nak sambung ijazah pulak. Itupun kalau tak jadi masuk askar la hahaha  kalau ada rezeki lah kan..kita usaha dan doa jaa laa..hehehe.. doakan aku juga yaa..  ;)

sorrylah ter'emo' pulak kan entry kali ni..hahaha  

Till next entry, Assalamualaikum and have a pleasant day :)


P/s  :  "Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

        -Riwayat Al-Bukhari-


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu

 menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu 

[ Surah. Al Baqarah : 216]



Unplanned = Less Expected = HE Knows Best = Miracle  :)





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected