Kadang- kadang.



Kadang-kadang tak semua yang kita ekspresikan kat wajah tu,  pantulan dari hati kita sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa tipu orang lain.  Tipu?? kenapa nak tipu?? sebab kita nak orang sentiasa gembira dengan kita. Tak nak sebab kita sedih or rasa tak happy, orang lain pun kena effect jugak. Well, sometimes it's works, even bukan selalu terjadi. Benda yang kita rasa kita patut atau rasa nak kongsi dengan someone yang terdekat or rapat dengan kita, kita boleh kongsi, bila-bila masa dan di mana jua. Tapi, tak semua kena kongsi. Manusia dia ada masa dia nak bersendiri sambil muhasabah diri. Kadang-kadang kita mesti ada waktu yang kita nak menyendiri kan, fikir balik benda atau perkara lepas yang pernah terjadi dalam kehidupan kita. Tak semua orang boleh cepat pulih dari perkara yang meyakitkan hati dia dalam sekelip mata. Kebahagian dia hilang tiba-tiba, tak semuanya boleh pulih dengan cepat, dapat pengganti baru terus sembuh luka tu..tak..semua tu, perlukan masa. Kita ni manusia, bukan nya ROBOT. Kalau robot pun dia perlukan masa juga untuk pastikan semua komponen dia berfungsi dengan baik. Begitu juga manusia. Allah bagi ujian supaya Hamba Nya ingat dengan DIA. Bukan asal ada masalah, mula cari tempat bersuka ria, air syaitan jadi peneman setia, mabuk tak kira masa, berjoli kesini kesana, ingat semua tu boleh kembalikan semua seperti sediakala? Semua keseronokan itu takkan lama, tapi jika dekatkan diri pada yang maha ESA, insyaALLAH DIA sentiasa ada untuk mendengar setiap rintihan hamba Nya. Peringatan pada diri sendiri juga, supaya tidak mudah alpa dan rapuh dalam menilai segala perkara. Teringat satu tweet dari twitter, Jangan bersedih dan bersabarlah, Allah beri kita ujian untuk melayakkan kita menjadi hambaNya yang sebenar. InsyaAllah, semoga ujian yang di terima takkan membuat kita putus asa, malah menjadi pembakar semangat dalam menjalani kehidupan sebagai HambaNya di muka bumi ini. Ingat satu benda saja, Andai kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi Allah, maka lihatlah kedudukan Allah di sisi kamu. Segala yang baik itu tentunya datang dari Allah SWT.

Last but not least :

 Whenever I tried to look for someone, I had found the wrong ones, Maybe it's time to stop searching & wait for the right one to find me..

InsyaAllah.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...