:: Valentine's Day HARAM. kenapa?? ::




Hari ini 12 haribulan, lusa laa kan 14 haribulan,so, korang tahukan apabila sampainya 14 haribulan, apa yang akan berlaku ? yes,pandai pun..haa.. Akan berlakunya sambutan hari valentine bagi semua pasangan-pasangan yang sedang bercinta. Masa ni, kedai-kedai bunga or kedai-kedai cenderamata kat mana-mana shopping complex akan untung ribu riban. Wayang-wayang yang tayang cerita tak best pun akan laku tiketnya macam pisang goreng. Er, taman-taman bunga or mana-mana taman akan dipenuhi pasangan untuk bermadu dan bercanda.

hmmm..sebelum tu, aku nak share sikit apa kisah,sejarah n hukum menyambut hari valentine's nie...korang yg berminat nak tau..bolehlaa baca sampai habis..terima kasih..



Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjar, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepcuk surat yang terulis from you valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. Korang tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut unutk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.

So, dari semua kisah tadi, korang nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.



Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam"
So, apa pendapat korang? Bagi aku dalam islam, tiada hari untuk kita specialize kan menyambut hari istimewa bersama kekasih. Hari-hari adalah hari kekasih. Kan? Toksahlah dok semangat tunggu 14 feb, baru nak beri hadiah, tak supriselah. He he.
Photobucket




P/S : Cinta dan kasih sayang ditunjukkan setiap hari, bukan sehari setahun...am i right ???





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected