:: Super Sweet ::



sweet gilaa aku baca dedication seorang blogger nie utk wife diaa..T_T..
Entry dari en.Khairul utk wife dia mommy pinky..

meh kita baca dedication dia utk isteri dia..


*******************************************************************************************************

Salam sayang buat isteriku,

7hb Mac 2010,genap 4 bulan kita melayari bahtera perkahwinan kita sayang.Ingat lagi tak kali pertama kita berkenalan?Tarikh 1.8.2005 pasti akan menjadi kenangan berharga buat kita kerana pada tarikh tu la,kita mula “bermesej-mesejan”.Rasanya sampai pukul 4 pagi juga kan kita mesej-mesej.Bila kawan-kawan Biey tanya,Biey kata Biey tengah bermesej dengan “Budak Senyum”.Masa tu semua kawan-kawan kenal Baby dengan panggilan tu,sebab Baby suka senyum.Baby senyum comel.

Sejak dari hari tu,hubungan kita semakin lama semakin rapat.Terlalu banyak kenangan manis sepanjang kita bersama.Paling Biey tak kan lupakan masa 1st time kita berjumpa.Malam tu hujan renyai-renyai,Baby minta Biey belikan makanan.Oleh sebab hujan,Biey minta member hantarkan dengan kereta.Kita makan bersama dan Baby suap Biey.Sweetnya memori tu.

Cinta kita teruji bilamana ada orang lain yang terlebih dulu masuk meminang Baby.Waktu tu Biey kerja kat Putrajaya.Tiba-tiba Baby call,bercerita tentang pinangan tu sambil menangis teresak-esak.Biey tahu Baby risau mak dan ayah akan terima pinangan tu.Biey pun sedih juga,tapi waktu tu,tak de apa yang dapat Biey buat.Biey redha andai Allah dah takdirkan Baby bukan jodoh Biey.

Namun ternyata jodoh kita kuat.Mak dan ayah Baby tolak pinangan tersebut.Maka dengan segera Biey minta mak dan ayah masuk merisik Baby.Alhamdulillah,majlis merisik berjalan dengan lancar.Selepas beberapa kali tarikh majlis perkahwinan kita tertunda,akhirnya pada 7hb 11 2009,maka bersatulah 2 hati dalam majlis yang cukup meriah.

kawen
Sekarang Baby dah pregnant anak sulung kita.Biey la orang yang paling gembira.Rasa kasih dan sayang Biey semakin bertambah-tambah pada Baby.Biey kesian bila tengok Baby muntah-muntah,sakit belakang,sentiasa penat.Kalaulah semua kesakitan itu dapat dipindahkan pada Biey.Sedih bila Biey tak tahu nak buat apa bila Baby sakit.Tanpa sedar,air mata Biey mengalir.Biey hanya mampu berdoa,semoga Allah memberi kekuatan pada Baby.

Baby,
InsyaAllah,selagi Biey termampu,Biey akan jaga Baby dan BB kita sebaik mungkin.Biey sedar yang ada juga permintaan Baby yang tak dapat Biey tunaikan,tapi percayalah sayang,Biey sentiasa mencuba yang terbaik untuk Baby.Biey akan tetap setia di sisi Baby sampai ke akhir hayat.

Ya Allah,kami memohon pada-Mu,Engkau berkatilah hubungan kami,limpahilah rahmat dan berkat pada kami,jauhkanlah sebarang sengketa antara kami dan kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.Semoga segala cita-cita dan harapan kami tercapai.



Credit to : En.khairul

*************************************************************************************************


p/s : Aku harap,aku dpt s'org suami yg bkn saja syg kt aku,tapi b'tanggungjawab..aminnn...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
myfreecopyright.com registered & protected